Sunday, April 20, 2014

Semangat baru 2014

Salam 2014, Semoga 2014 menambahkan idea-idea baru dan menimbulkan semangat baru untuk saya terus berblog.. Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya..

Thursday, December 27, 2012

Kembali..

Salam, Cukup lame rasenye blog ini dilupakan..bukan menyombong, jauh sekali merajuk, bukan juga menganaktirikan..cuma masa yang terlalu terhad..malam ini, terpanggil untuk kembali menceriakan ruangan ini dengan kata-kata yang mungkin panjang atau mungkin juga ringkas sahaja coretannya. 2012 makin ke penghujungnya, cuma tinggal 4 hari sahaja sebelum tirai 2012 ditutup dan fajar 2013 bakal menyingsing..sama-sama kita muhasabah diri, apa yang telah kita azamkan pada awal tahun 2012 samaada tercapai atau tidak..masih punya masa untuk perbetulkan apa yang silap, perjuangkan apa yang perlu..InsyaAllah..semoga 2012 kali ini penuh bermakna kepada semua. Sepanjang 2012, macam macam yang berlaku, yang manis yang pahit, cerita duka, kisah suka semuanya bersatu dan menjadikan 2012 saya sangat bermakna..Kematangan saya teruji, kepincangan saya dikeji, namun, bilamana pencapaian saya dipuji, biarpun dengan sepatah kata, Alhamdulillah...Allah ada..di saat dugaan datang bertimpa timpa, Allah hadirkan secebis senyum, sebaris berita gembira buat saya..Allah Maha Adil, Allah Maha Mengetahui.. Harapan saya semoga 2013 akan datang membawa sinar kebahagiaan untuk kita semua..InsyaAllah.. *tibatibaideahilangsemua* p.s - saya sambung next entry ye..

Monday, February 6, 2012

Kelebihan Istighfar

Definisi Istighfar

Istighfar bermaksud memohon keampunan daripada Allah Azza Wajalla dan ia dilakukan bagi pembersihan dari segala dosa dan kesalahan. Sesungguhnya, keampunan itu adalah untuk memelihara diri daripada keburukan dosa-dosa yang dilakukan.

Menurut segolongan ulama, “Setiap doa yang memohon keampunan Allah, maka ia adalah istighfar”


Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199

واستغفرالله ان الله غفوررحيم

“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Hukum Beristighfar

Istighfar adalah satu ibadah yang agung bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT sama ada istighfar untuk diri sendiri atau orang lain.

Pada dasarnya, hukum beristighfar adalah sunnah seperti dinyatakan di dalam ayat al-Quran di atas. Perlu diingat, hukum istighfar akan bertukar menjadi wajib seperti istighfar terhadap maksiat dan dosa yang dilakukan. Dan hukum boleh bertukar menjadi haram, jika beristighfar untuk orang yang kafir.

Lafaz Istighfar

Di antara lafaz istighfar yang biasa diucapkan.

استغفرالله


( Daku mohon keampunan kepada Allah )

استغفرالله الذلأاله الأهو واتوب اليه

( Daku mohon keampunan kepada Allah, tiada ilah (sembahan) melainkan Dia, dan kepadaNyalah daku bertaubat )

Kelebihan Istighfar

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah, terdapat beberapa kelebihan yang akan diperolehi dari istighfar yang kita lakukan.

*Mengampunkan segala dosa dan kesalahan
*Terhindar dari seksaan Allah SWT di dunia dan akhirat
*Memperolehi kenikmatan dan kesenangan yang baik
*Mendapat hujan apabila musim kemarau
*Memperolehi harta benda dan zuriat
*Menambahkan kekuatan badan (fizikal) dan rohani
*Menyembuhkan penyakit
*Menimbulkan kemarahan syaitan dan membinasakannya
*Menghilangkan dukacita, kesedihan serta menambah rezeki

Suatu iktibar yang diambil dari kisah seorang ‘alim mujtahid yang agung iaitu Imam Hassan al-Basri (rahimahullah) dan beliau merupakan seorang tabi’en.

Pada suatu hari, seorang lelaki datang menemui Imam Hassan al-Basri dan mengadu mengenai kemarau yang berlaku di tempatnya. Lalu beliau menyuruh lelaki tersebut beristighfar kepada Allah SWT.
Seorang lelaki lain mengadu tentang kefakirannya, lalu beliau menyuruhnya beristighfar.
Kemudian datang lelaki yang lain mengadu tentang kebunnya tidak subur, maka beliau menyuruhnya beristighfar.

Seterusnya, datang seorang lelaki terakhir mengadu perihal kehidupannya yang tidak mempunyai anak, maka beliau berkata “beristighfarlah kepada Allah”. Lalu imam Hassan al-Basri membacakan firman Allah SWT iaitu ayat 10 dari surah Nuh.

Diriwayatkan bahawa Sheikhul Islam Ibn. Taimiyyah (rahimahullah) jika menghadapi sesuatu masalah dan beliau tidak dapat menyelesaikannya, maka beliau akan beristighfar sebanyak seribu kali atau lebih dan beliau akan mendapati Allah SWT akan menyelesaikan masalahnya.

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan istighfar kepada Allah SWT dengan penuh keinsafan agar kita beroleh keampunan dan rahmatNya.

Sekian, wassalam..

Wednesday, February 1, 2012

Wishlist 2012

Salam..

Nk kongsi my wishlist for 2012 ni.....barang-barang biasa sajeee...

1. Pink Dell Inspiron mini 10 netbook


2. Fossil Handbag Vintage ReIssue Hobo (Ash Gray)


3. Fossil Maddox Top Zip Clutch


4. Swiss Army Perfume for Her


5. Lola Perfume by Marc Jacobs


6. Samsung Galaxy Tab 7.0


Hope berjaye dapatkan kesemuanya in 2012!Aminn....=)

First in 2012..

Salam semua…
Cukup lame rasenye tak update blog kesayangan ini..cume kadang-kadang mekapkan saje.. untuk menaip entry baru adalah sangat susah..hehehe..

But today, tibe-tibe ade mood mau update lak..so layankan ajelah…
Today, dah 1Febuari 2012…dh masuk bulan kedua untuk tahun 2012..and a lot of things happen in January 2012..dimulakan dengan my operation utk CAPSO and lelangit and salur pernafasan bagaiii pada 15 January 2012..Syukur, semua selamat even almost one week jugakla minum air masak sajeee…sakit Tuhan je tau..and now,dh masuk 16th days after surgery, still luka belum sembuh betul-betul and cume kene makan makanan yg lembut plus kene pantang banyak mende…I lost 6kgs ok!

This week pulak, a lot of things berkaitan dengan few collagues at my workplace plak..macam macam hal ade, kisah kaki bodek,kisah ketidaktelusan dalam membuat keputusan, kisah tiada integriti,kisah pertukaran bahagian,pertukaran cawangan which is I sangat malas nk cerite panjang-panjang kat sini..buat menyemak my blog sahaje..senang cerite, rasa hormat saya pada mereka-mereka yang terlibat hilang hampir 50%..and sorry,if ade my words which is too harsh for your ears..i really meant what I said on that day..sy sukar untuk marah but bile saya dah marahhhh…macam makan tebuan sesarang!...

Okies, sampai sini saja untuk entry kali ni, next time update lagi ok!

Have a great day everyone...

Monday, August 8, 2011

My Crush

Salam 8 Ramadhan..Selamat tengah hari..=)
Puase ke x ari ni?alhamdulillah...masih diberi peluang untuk terus bernafas...
Okies, tajuk today ialah My Crush..

hehehe..kalau saye cerite ni mesti ade member2 saye yang mcm tahu je sape kan..especiallynya teman-teman ketika di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan..hehe..
ok, time saya kt KMNS inilah, sy mmg betul2 terminat gilerr kot kat sorang mamat ni..die mmg stylo sangat and dia macam budak-budak nerd sket la kot..hehe..namenye A*******L

Time tu kan, saya kuliah 2 and mamat tu kuliah 7..so mmg sangat susah nak nampak or jumpa die.tp kan, ari selasa petang dan jumaat pagi kitorang akan bertembung time nak pg Lab..ari jumaat tu Lab dia akan abis time saya masih kt dalam Lab..so, die akan lalu tepi Lab kitorang la..hehe..'indah sangat ciptaan Allah yang satu ni..'..

Then, pg UTM pun same jgk..cume die cos Engineering and saya cos Fizik Industri..ade jgk 2 3 kali jumpe die and still woww..dia masih dengan style lame die which I sangat likee..hehe..tapi mase ni, geng2 yg dari KMNS je la yang tau sbb mmg xnak kecoh kan..apatah lagi ade member sekelas saye kenal dia kan..haha...

But now, die dah kawen pun..bakal jadi bapak dah rasenye..=)..and die dh agak berubah sikit la gaya berbanding dengan time kat KMNS dulu..hehe..apapun, die mmg betul2 crush sy la suatu masa dulu..

Nak tau siapa die?haha..maaf ya, saya tak mampu nk reveal kat sini..dia ngn wife die friends saya kot dlm FB..hahaha...and untuk dia, semoga berbahagia..kalaulaa awak tau kan..hehe

Till then, take care ye...
Selamat Berpuasa..=)

Sunday, August 7, 2011

My Bestfriends

Morning Everybody..Happy Fasting..Salam Ramadhan..=)

First of all, sorryla, terlalu lame tak punya masa untuk coret kisah hati di sini..idea banyak, kekangan masa yang menjadi penyebab..Maaf ya..=)

Jadi, melihatkan entry terdahulu yang sy quote dari blog Miss Zulaikha Aini, first entry adalah berkenaan dengan MY BEST FRIEND..=)..jadi, mari bermula…=)

Saye sebetulnya punya ramai bestfriends..ramai…my family is my bestfriends..dari zaman skolah rendah, saya ada Syuaiba, Asyikin, Juliyanti, Zahirah,Akmal, Habibah, Khadijah, Aminah..semualaa..hehe..di sekolah menengah, saya ada Aza, Ena, Mala, Kimah, Naa, Zyll, Mije..di UTM pula, saya punya Myza, Any, Perus, Mus, Yon, Aini, Safwan, dan ramaiii lagi..di alam maya juga saya punya bestfriends..Cik Eiyla, Syahela dan ramai lagi… my Boyfriend juga merupakan my Bestfriend..rakan-rakan sekerja dulu juga merupakan my bestfriends..Kak Eryn, Kak Liza, Zura, Kinkin, Nurul..=)..tp oleh sebab itu, saya memilih untuk bercerite mengenai seorang teman saya yg saya kenal dari kecil..die lahir pada 4 Mac 1985, tua 2 hari saja dari saya..hehe..

Kami berteman sejak dari belum masuk sekolah tadika lagi..Faezah namanya..teman saya..teman yang banyak berkongsi cerita dengan saya.. sampai hari ini..=)..and our friendship still going strong..and will always be, InsyaAllah…lebih 20 tahun kami berkawan, walau jauh antara satu sama lain, saya di Kelantan dan dia di Terengganu, cuti sekolah tetap berjumpa..=)..

Saya doakan dia bertemu kebahagiaan yang dicari..saya doakan dia sentiasa gembira..Insya Allah…thanks for the friendship..i really appreciate that..