Thursday, October 29, 2009

GOOD LUCK!!

salam..
ari ni takde ape sangat yang nak di update..
just....my sist, Farah nak exam..so..
I WISH ALL OF YOU..BEST OF LUCK...
IF YOU CANNOT DO A BIG THINGS, JUST DO A SMALL THING IN THE BEST WAY!!

7 PERKARA GANJIL..

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

PHOTOS PART I








Tuesday, October 27, 2009

..bicara tanpa suara..

salam..hola..
ari ni xtau la nk cerite pasal ape.dh la kat title tu xtau nk tulih ape..iskh..ape kehalnye asyek blur je ni..mungkin sebab aku rindu..rindu sangat pada dia..huhu..salah ke kalau aku merindu?even yang dirindui itu udah ke mane menghilang..aku redha..cukup redha...terpulanglah...
tapi serius..2 3 ari ni aku asyik teringatkan die je..mungkin ape yang telah terjadi antara kami memang tak dapat diterima..tapi itu kan namenye takdir..ketentuan yang bukan kerje kite untuk mempersoalkannye..andai difikirkan terkilan, andai disebut tentang kekesalan, selautan dakwat belum mampu aku tulis kekesalan itu..tapi nk buat macammane, dh tertulis sebegitu..
yang paling aku terkilan, mungkin sebab cara..mungkin jugak sebab kebisuan yang berlegar-legar antara kita..umpama tiada pangkal, tiada penghujung..di mana permulaan,kenapa pengakhirannya dipenuhi dengan bicara tanpa suara..warkah kosong, diam tak berkata apa-apa...wajar ke sebegitu diperlakukan diriku?hina sangat ke diri hingga sebaris kata pun tak terluah?
kepada dia...'saya terkilan sangat..sampai begini akhirnye kite...'ape2pun..hidup mesti terus walau ke lautan terdalam saye tersungkur angkara awak...terime kaseh segalanya....'
till then..take care...

Sunday, October 25, 2009

M.Y L.I.F.E

Salam..hola..hehe..lame betul x update ek..bukan takde cerite, bannyyyyaaaakkk sangat nk cerite..tp xde mase..malam ni je ade mase terluang skejap..huhu..dua tiga minggu kebelakangan ni, sangaaaattt busssyyyyyy je memanjang..maklumla..sibuk mengatur hidup kembali setelah jatuh terduduk sebulan lepas..

Okies, cite pasal last week, busy ngan family event la..birthday celebration la..picnic la..majlis Khatam AlQuran laa..n macm2 lagi..di samping menyiapkan segala macam assignment yang tak pernah abis tu..

Then, this week plak, 22 n 23hb Oct, dapat offer handle ceramah plak..so, busy la plak 2 ari ni..so,I gune modul yang lame, n ade sedikit pembaharuan and games baru yang dimasukkan sekali. Tengok pada kegamatan dewan time games dijalankan adalah sangat di luar jangkaan..Alhamdulillah, berjaye jugak program kali ni..hehe..and next program, I dh kene booked..heheheeee…Alhamdulillah, rezeki lah namenye tu..

Sabtu, I ade mase sikit..so that, I pegila jenjalan kat Pantai Batu Rakit..hehe..sesi makan2..then, pegi umah my makcik kat Gong Badak..seronok tengok Muiz..dh pandai tersenyum2 pun..hehe..nanti next entry, I upload gambar2 je..ni dh malas nk upload..ngantuk la..esok ade temujanji..huhuhuhhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu….

Anyway..selamat malam semue..till then, take care!!

Tuesday, October 13, 2009

KEBOSANAN..

salam.hola..lame dh rasenye x update blog..hehe..takde mase n my lappy anta kedai laa..apepun, tengah busy ngan projek akhir..busy jugak ngan assignment yang bertimbun-timbun blum typing..sabar ye semue..i will siapkan..adehsss...
lastly..dh tak tau nk cakap ape..
sape2 nk temankan i pegi tengok movie, sile angkat tangan...!!
i nk tengok sorority row laaaa..!!macam best je cite tu..huhuhu..
nway..take care all!!daaaaaaaaa...

Thursday, October 1, 2009

..MISS LALA HOMECOMING PARTY..

..simple update je ni..hehe..nanti org kate aku tak up to date lakss...heeee..today aku dapat cakap ngan seseorang..hahahaa..aku dapat cakap ngan LALA....syoknyeeeee....terhapus rinduku padamu LA..hehe..sementelahan die dah balik Malaysia ni..heeee...
Untuk LALA..bulan depan aku akan berusaha dengan sedaya upaya untuk memenuhi permintaan ko..haha..INSYAALLAH..i will fly to JB..huahuahuaa..pastikan penuhi perjalanan aku dengan segala macam aktiviti yang menarik tau!!..
And untuk semue..moge sentiase gembire..take care..
daaaaaaaa...