Monday, August 8, 2011

My Crush

Salam 8 Ramadhan..Selamat tengah hari..=)
Puase ke x ari ni?alhamdulillah...masih diberi peluang untuk terus bernafas...
Okies, tajuk today ialah My Crush..

hehehe..kalau saye cerite ni mesti ade member2 saye yang mcm tahu je sape kan..especiallynya teman-teman ketika di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan..hehe..
ok, time saya kt KMNS inilah, sy mmg betul2 terminat gilerr kot kat sorang mamat ni..die mmg stylo sangat and dia macam budak-budak nerd sket la kot..hehe..namenye A*******L

Time tu kan, saya kuliah 2 and mamat tu kuliah 7..so mmg sangat susah nak nampak or jumpa die.tp kan, ari selasa petang dan jumaat pagi kitorang akan bertembung time nak pg Lab..ari jumaat tu Lab dia akan abis time saya masih kt dalam Lab..so, die akan lalu tepi Lab kitorang la..hehe..'indah sangat ciptaan Allah yang satu ni..'..

Then, pg UTM pun same jgk..cume die cos Engineering and saya cos Fizik Industri..ade jgk 2 3 kali jumpe die and still woww..dia masih dengan style lame die which I sangat likee..hehe..tapi mase ni, geng2 yg dari KMNS je la yang tau sbb mmg xnak kecoh kan..apatah lagi ade member sekelas saye kenal dia kan..haha...

But now, die dah kawen pun..bakal jadi bapak dah rasenye..=)..and die dh agak berubah sikit la gaya berbanding dengan time kat KMNS dulu..hehe..apapun, die mmg betul2 crush sy la suatu masa dulu..

Nak tau siapa die?haha..maaf ya, saya tak mampu nk reveal kat sini..dia ngn wife die friends saya kot dlm FB..hahaha...and untuk dia, semoga berbahagia..kalaulaa awak tau kan..hehe

Till then, take care ye...
Selamat Berpuasa..=)

Sunday, August 7, 2011

My Bestfriends

Morning Everybody..Happy Fasting..Salam Ramadhan..=)

First of all, sorryla, terlalu lame tak punya masa untuk coret kisah hati di sini..idea banyak, kekangan masa yang menjadi penyebab..Maaf ya..=)

Jadi, melihatkan entry terdahulu yang sy quote dari blog Miss Zulaikha Aini, first entry adalah berkenaan dengan MY BEST FRIEND..=)..jadi, mari bermula…=)

Saye sebetulnya punya ramai bestfriends..ramai…my family is my bestfriends..dari zaman skolah rendah, saya ada Syuaiba, Asyikin, Juliyanti, Zahirah,Akmal, Habibah, Khadijah, Aminah..semualaa..hehe..di sekolah menengah, saya ada Aza, Ena, Mala, Kimah, Naa, Zyll, Mije..di UTM pula, saya punya Myza, Any, Perus, Mus, Yon, Aini, Safwan, dan ramaiii lagi..di alam maya juga saya punya bestfriends..Cik Eiyla, Syahela dan ramai lagi… my Boyfriend juga merupakan my Bestfriend..rakan-rakan sekerja dulu juga merupakan my bestfriends..Kak Eryn, Kak Liza, Zura, Kinkin, Nurul..=)..tp oleh sebab itu, saya memilih untuk bercerite mengenai seorang teman saya yg saya kenal dari kecil..die lahir pada 4 Mac 1985, tua 2 hari saja dari saya..hehe..

Kami berteman sejak dari belum masuk sekolah tadika lagi..Faezah namanya..teman saya..teman yang banyak berkongsi cerita dengan saya.. sampai hari ini..=)..and our friendship still going strong..and will always be, InsyaAllah…lebih 20 tahun kami berkawan, walau jauh antara satu sama lain, saya di Kelantan dan dia di Terengganu, cuti sekolah tetap berjumpa..=)..

Saya doakan dia bertemu kebahagiaan yang dicari..saya doakan dia sentiasa gembira..Insya Allah…thanks for the friendship..i really appreciate that..

Sunday, June 19, 2011

30 Days..

Terlihat di blog seseorang...

Kredit untuk Miss Zulaikha Aini..=)

Day 1 — Your best friend
Day 2 — Your crush
Day 3 — Your parents
Day 4 —Your sibling (or closest relative)
Day 5 — Your dreams
Day 6 — A stranger
Day 7 — Your ex-boyfriend/girlfriend/love/crush
Day 8 — Your favorite internet friend
Day 9 — Someone you wish you could meet
Day 10 — Someone you don’t talk to as much as you’d like to
Day 11 — A deceased person you wish you could talk to
Day 12 — The person you hate most/caused you a lot of pain
Day 13 — Someone you wish could forgive you
Day 14 — Someone you’ve drifted away from
Day 15 — The person you miss the most
Day 16 — Someone that’s not in your state/country
Day 17 — Someone from your childhood
Day 18 — The person that you wish you could be
Day 19 — Someone that pesters your mind—good or bad
Day 20 — The one that broke your heart the hardest
Day 21 — Someone you judged by their first impression
Day 22 — Someone you want to give a second chance to
Day 23 — The last person you kissed
Day 24 — The person that gave you your favorite memory
Day 25 — The person you know that is going through the worst of times
Day 26 — The last person you made a pinky promise to
Day 27 — The friendliest person you knew for only one day
Day 28 — Someone that changed your life
Day 29 — The person that you want tell everything to, but too afraid to
Day 30 — Your reflection in the mirror

Mari bermula..=)

OFFDAY..

off to Kuantan and Melaka for two weeks...

good bye peeps..=)

Monday, June 13, 2011

aku bukan tewas..

Kata-kata yang kamu ucapkan, memang menyakitkan..kata-kata kamu itu memang membina benci di dalam hati..kata-kata kamu juga memulakan dendam di sanubari..kata-kata kamu itu turut membuahkan rasa ketidakpuasan hati yang menterjemahkan sesuatu yang buruk di dalam jiwa..aku benci kamu..sesungguhnya aku terlalu benci kamu yang bertopengkan rupa paras manusia..sedangkan di hati kamu penuh nista dusta yang makin hari makin menghilangkan rasa hormat aku pada kamu..

Kamu termakan dengan indahnya dunia yang hanya pinjaman buat kamu..kamu terlupa dengan bisikan noda yang memanggil manggil kamu..kamu terlalu memandang jawatan..kamu terlampau mengagungkan taraf..kamu lupa yang kita semua sama, yang membezakan kita hanyalah keikhlasan amalan kamu..yang kamu langsung tidak ingat ialah beza kita cuma diadili oleh Yang Maha Esa..cuma yang diatas sana sahaja berhak ke atas diri kamu..bukan kamu, bukan dia, bukan juga mereka…

Lantaran, aku pekakkan telinga mendengarkan cacian kamu..aku tulikan telinga melayan cercaan kamu..aku butakan mata melihat makian kamu..aku undur diri..aku enggan teruskan menyokong perjuangan kamu..aku bukan tewas..aku bukan mengaku kalah..aku cuma tawar hati meneruskan perjalanan yang tidak nampak relevannya…

Maaf, aku pergi..bukan silap orang lain, silap kamu yang tidak tahu menghargai usaha orang di sekeliling kamu..jangan kamu rasa kamu sudah cukup PANDAI..maka kamu tolak segala buah fikiran yang lain..sedangkan idea mereka itu lebih logic diterima akal..usah mencari aku di saat aku sudah enggan ditemui…

Wednesday, May 25, 2011

Terpaksa dan Pasrah.....

Kemilau permata itu tidak lagi menjadi salah satu kegilaanku..aku kini makin pasrah hadapi jalan hidup yang ditentukan..bukan bermaksud mengikut sahaja angin cabaran, tidak juga bermakna aku menyerah pada tajamnya dugaan..aku cuma bosan mendengar pelbagai tohmahan, seribu dusta yang diucap umpama tiada penghujungnya…tidak ada kah yang kenal erti kebenaran?tidak adakah yang ikhlas menerima diri?..

Gembira yang diharap, mungkin hanya sementara..tidak dijanji kan juga bahagia itu kekal sampai bila-bila..bohong bila menyebut bahawa keghairahan cinta itu tak pernah pudar..pasti, satu masa, satu ketika, ianya bakal menjadi umpama permata yang makin sirna…

Bukan mengakui hati mudah digoyah, tidak juga menyatakan yang pendirian diri senang digugat..bukan begitu maksud aku..ianya hanya sekadar sebuah kisah yang sudah hampir tiba di hujungnya..juga umpama sebuah cinta yang makin lama makin pudar getarnya..
Hidup kadang kala mengecewakan..namun oleh kerana semua ketentuan Yang Maha Esa, maka semuanya harus diterima seadanya diri..harus ditelan pahitnya tanpa meluahkannya kembali..tiada rasa menyesal, tak perlu menangisi kembali silap yang berlalu..tak perlu langsung meratapi keadaan yang makin tiada pentingnya lagi…pasrah semuanya, redha dengan apa yang tersurat…

Terpaksa..itu kata seharusnya..itu kata yang sangat tepat mendalami maksud diri..itu titip paling sukar untuk diterima kebenarannya…akhirnya, cuma PASRAH kata penamatnya…….

Thursday, March 3, 2011

buat kamu..

MAAAF, aku meragui kamu,
MAAF, aku benarkan curiga itu bertapak,
MAAF, aku biarkan kamu sendiri...

SAYANG, aku cinta kamu,
SAYANG, jujur aku sayang kamu,
SAYANG , maaf atas kesilapanku...

DIA, bukan sesiapa bagiku,
DIA, juga bukan seseorang dihatiku,
DIA, cuma insan kupanggil teman..

CINTA, harapnya sentiasa di hati kita,
CINTA, kumohon biar sentiasa mekar,
CINTA, itu yang kuatkan jiwa kita..

SELAMANYA, aku cuma mahu kamu,
SELAMANYA, aku harap tetap milik kamu,
SELAMANYA, biar ke akhirnya....

Monday, February 7, 2011

kita pelakon dunia itu..

Dalam suasana begini, kadang terfikir..apakah perasaan mereka?bulanan menerima pendapatan sedangkan tiada satu tugasan pun yang dibereskan?bukan mengunjuk jari pada siapa sekalipun, kadang terganggu dengan sikap mereka yang umpama tahu segalanya..sedangkan hakikat sebenar tidak begitu..terganggu dengan sikap mereka yang hanya tahu berbicara mencari silap yang lain, sedangkan diri sendiri dianggap sempurna..

Menerusi jendela kaca di depanku, ku lihat satu dunia baru..dunia di mana, aku sendiri menjadi salah seorang pelakon di dalamnya..bezanya cuma aku pelakon baru, sedangkan mereka?pelakon yang sudah lama berkecimpung di pentas dunia itu..persoalannya..biar berpuluh tahun mereka di situ, mengapa pemikiran masih di takuk lama?tidak ada rasa mahu meningkatkan pencapaian diri kah?atau apa?apa halangan yang melintang jalan hidup kamu?kenapa sukar mahu berubah?aku bukan laungkan perubahan yang mendadak..bukan aku memaksa untuk perubahan yang besar..aku cuma mohon kamu berubah ke arah yang lebih baik..bukan maksudnya kamu tidak baik, jujur, itu bukan maksudku..aku cuma minta kamu agar lakukan perubahan..agar tidak sia-sia lakonan kamu selama ini..



Duduk, menyusun bicara..melontar kata-kata..memang, itu tidak salah, ianya jadi kesilapan bila tak pernah berkesudahan..renung apa tujuan kamu di sini, apa perlu kamu buat di sini..adakah tugasan kamu di sini khasnya hanya untuk itu?jikalau kamu mengiyakan, maka teruskanlah..aku bukan siapa-siapa untuk bicara dengan suara akan hal ini..aku cuma penutur bisu di sini..selebihnya aku yang adili kamu..adili pencapaian kamu..bila begini, apa yang harus aku titipkan?

Kata kamu, sang ketua tidak bertegas,..kata kamu sang ketua tidak memberi tugas..kata kamu sang ketua tidak percayakan kerja kamu..kenapa harus sang ketua yang disalahkan?padaku, itu semua hanya omongan tidak benar..bila mana, kamu lakukan kerjanya sambil lewa, siapkan kerjanya sekadar siap..kecewa sang ketua melihatnya, maka kenapa dia yang tetap disalahkan?sekali lagi, aku bicara ini dari mata kaca aku, bukan menuding jari salahkan sesiapa..tidak, bukan kamu, bukan kamu..jangan salah anggap aku..

Selebihnya, terpulang pada kamu..tanya hati, sanggupkah kamu ubah diri..jangan hanya semangat menutur kata-kata sahaja..tapi tidak mampu untuk memenuhinya…..

Terima kasih…

Sunday, February 6, 2011

saya doakan dia..

Saye memohon kebenaran seseorang untuk bercerita kisah beliau di blog saya ini..mungkin saya turut terlibat dalam keadaan perhubungan yang terjalin antara kami semua..pada saya ianya hanya satu rantaian kecil dari seluruh rantaian kehidupan keseluruhannya..hubungan yang dinamakan ‘kawan’ tetapi disalahertikan oleh sesetengah pihak..jujur, disilap tafsirkan oleh orang yang terdekat dengan beliau..lebih tepat, oleh orang yang sangat beliau sayangi..

Kami mungkin tak pernah berkawan dengan bersungguh sungguh..yakni, tidak pernah duduk menghabiskan masa bersama, duduk berkisah mengenai kehidupan masing-masing bersama..namun, beliau merupakan seorang wanita yang berteman baik dengan seseorang yang bermakna dalam hidup saya..ya, sejujurnya, saya mengakui beliau teman baik kekasih saya..tapi itu tidak menganggu gugat perhubungan kami..saya telah dijelaskan segalanya sejak awal dulu..sejak mula-mula dahulu lagi..dan pada saya, bila sudah menerima dia, harus diterima kelemahan juga kelebihannya..teman-temannya menjadi teman-teman kita..dan saya terima itu semua..

Percaya, itu paling penting dalam perhubungan..jujur jadi asas perhubungan..bila jujur dan percaya disatukan, maka akan wujud keikhlasan yang sangat diperlukan untuk mengukuhkan satu-satu hubungan..saya agak kurang faham bila menyatakan cinta tetapi tetap tiada percaya kepada pasangan masing-masing..berhenti bercinta seperti kanak-kanak..wujudkan satu rasa cinta yang dipenuhi kasih sayang yang agung serta dihiasi rasa percaya yang menyeluruh..

Bukan, saya tidak menyatakan kisah cinta saya kisah cinta agung..tidak, tak pernah..dan sesekali tidak akan saya nyatakan begitu..saya berharap ianya begitu tetapi saya harus akui, cinta agung hanyalah pada Allah, Tuhan Yang Maha Esa..tiada cinta yang melampaui cinta kepadaNya..itu harus diakui..cinta saya kepada manusia itu adalah kerana Allah, Tuhan Maha Agung..

Jodoh telah ditentukan, maka, sabarlah menanti..telah dinyatakan ianya telah sedia tertulis, hanya menunggu masa yang sesuai untuk kita merasai nikmatnya..harus sabar menanti, biar pedih berdarah, walau manis bermadu, harus ditelan walau pahit kelat rasanya..percaya, di hujung pahit itu akan bertemu kemanisan yang dicari..

Moga teman saya itu, sabar menghadapi segala cabaran hidupnya..saya sayang dia, saya sayang dia kerana dia teman saya..kerana itu saya lantun bicara berkenaan dia..saya mahu dia gembira, saya mahu dia sentiasa bahagia..saya doakan dia..InsyaAllah..

Terima kasih..

bunuh putus asa itu..

Hidup, andai tersalah melangkah, hancurlah diri..hidup, jika silap mengatur, pincanglah masa depan..bukan menidakkan takdir, ada yang kehidupannya terus berjaya walau silap caturan langkah di awalnya..tidak juga menolak nasib mereka yang terus mencapai gemilang walau permulaannya kelam.ianya hanya berkenaan jalan yang diambil selepas sedar dari kesilapan yang telah berlaku..

Yakin, dengan apa yang telah ditentukan buat kita..yakni, menerima segala apa ketentuanNya, bukan bererti menerima segala nasib tanpa berusaha untuk merubahnya.bukan itu, bukan..harus ada usaha dalam memastikan nasib menjadi lebih baik…jgn terus kecewa menerima segalanya..harus difikir apa hikmah di sebaliknya..harus direnung apa yang menanti di sebaliknya..

Gagal, andai dilihat dengan sisi buruknya, memang akan mematahkan tiupan semangat penuh wibawa..tapi lihat dari sisi baiknya..gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.andai gagal, bangun..atur langkah kembali agar tidak terus gagal..berkali kali gagal, jangan pernah gentar, jangan pernah bosan mencuba..jangan jemu bangkit semula..aturkan kembali agar sayap kejayaan itu terus megah terbang..

Cuba, selagi mampu..selagi kudrat membenarkan perbuatan..apa sahaja yang dirancang, pastikan di cuba penuh gemilang..kerana itu semua, penentu terhadap apa yang berlaku seterusnya..jangan bicara soal tidak upaya selagi diri belum mencuba..usah kibarkan bendera mengalah selagi tidak memberi sepenuhnya..jangan pernah putus asa..itu yang dilaungkan, itu pokok pangkalnya..putus asa itu pembunuh..pembunuh keyakinan kita..usah biarkan putus asa menang..jangan pernah biarkan..

Semoga, hidup makin gembira..lebih bermakna dengan pelbagai kejayaan yang tercapai..

Terima kasih…

coret 6 Febuari 2011

Bila disingkap kembali kenangan lama, terasa ada yang mengguris kecil hati ini..mungkin kerana luka dulu masih belum sepenuhnya baik, walau disapu segala penawar mujarab..mungkin masih belum ketemu yang paling bagus, mungkin juga kerana ianya tidak mampu lagi untuk disembuhkan.

Namun, akur dengan keadaan, aku harus sentiasa sabar menghadapi apa jua halangan mendatang..walau manis, walau pahit..semua itu sementara, pasti ada yang indah menanti dipenghujung..itu yang selalu ku bisikkan pada hati,ku ingatkan sentiasa pada jiwa moga tabah hadapi semua..kadang ada rasa mahu mengalah, tapi andai putus asa jadi pilihan, rosak perjuangan selama ini.musnah impian yang aku ciptakan sekian lama..tapi sampai bila?

Mengakui kehadiran ramai orang dalam hidup, membawa seribu cinta dalam jiwa..tetap ada rasa kosong itu,tetap hadir rasa pilu itu.mungkin diri yang masih belum mampu menerima atau kelemahan diri sendiri yang tidak sepenuhnya bersyukur dengan apa yang ada?ahh..aku rasa ingin sekali pergi jauh, menenangkan diri, mengulit mimpi sendiri..sayang, terbatas realiti dek kerana obsesi yang sangat prejudis terhadap dunia..tenanglah duhai hati..biarkan aku meniti hari dengan penuh damai..penuh pengertian yang hakiki..

Kamu, ku akui hadir kamu penuh makna..ku hargai tiap saat bersama kamu..namun, kita punya berjuta perbezaan..kamu insan yang punya banyak pilihan, dan aku cuma insan yang tidak layak untuk memilih..aku mahu kamu..dan aku bertuah, bila menjadi pilihan kamu..aku sayang kamu..

Coret hati aku mungkin berjuta lagi, tp mungkin di sini aku letak noktahnya dahulu..getus rasa aku masih banyak untuk dikongsi..moga lain masa, lain ceritanya..

Terima kasih..

Monday, January 24, 2011

Wajah Suci..

Salam..
It’s almost 4.15am already..sedang berFB sambil dengar lagu dari Mestica, Wajah Suci..terpanggil untuk post lirik nye di sini..harap jadi renungan kita bersama…



Wajah Suci by Mestica

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina..

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati...

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan di buang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu...

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan......

Mengapa tiada simpati dan kasihan
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai..

Namun lahirmu ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
Bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina....



Renung-renungkan...

Monday, January 17, 2011

Kejadian Yang Macam-macam

Salam..hye all..today kan, dh 2ari berturut2 I updating my blog..mungkin sbb kerja yang ada tidak menimbun banyaknye..hehehe..bukan xde keje, cume dh penat dari pagi siapkan task2 yang belum siap..and stuck ni pun sbb my boss xde, bercuti, so kene die yang approve my report, so far die xde, jomlah kite berblog dgn gembire..hehehe…apekah motif aku ckp berbelit2 ni??

Okies la, actually, xde ape pun nk dikecoh2 kan di blog ari ni, cume nk cerite ceriti serba sedikit tntang kejadian2 yang dah agak banyak berlaku di sekeliling I ni..ade yg misteri, yg agak x misteri pun banyak..haha..

Cerita pasal kejadian kehilangan barang-barang berharga yang semakin menjadi2 kat ofis skang ni..hmm..ade org yang ilang barang kemas berpuluh2 ribu nilainya..ade yg ilang lappy la, ade yg ilang duitla..hmm..and the misteri thing nye, semue tu dlm locker yang berkunci and xde org lain selain tuan punye je ade kuncinye..misteri kan?kan kan kan??huhuhu..ade yg bgtau org or makhluk yang mencuri ni pakai sihir or ilmu pukau ke mende ke..sbb kan, ade yg jumpe ‘tinggalan’ makhluk tu..ermm..die tinggalkan ‘najis’ die kt merata-rata tempat yang agak sukar untuk diterima akal mcm kat tepi tiang bendera, kat atas lantai dlm bilik air la..hmm…

Berbalik pasal kisah org yang kehilangan barang-barang ni la..kalo barang sendiri mungkin prosedurnye agak terkawal dan biasa tetapi apabila melibatkan barang-barang yang bukan milik kite, mulalah perlu menjawab soalan-soalan yang ditanya untuk mengcompletekan penyiasatan and sebagainya…
Then, tutupla pasal tu, malas nk bicara hal2 tersebut..hehehe…

Then, the story mory seterusnye plak bab perkahwinan seseorang yang aku rase agak rapat dengan aku la..hmmm…agak sukar mau diterime akal and sebetulnye, sy malas langsung bercerita pasal ni..simpan saja dalam hati..sy agak kecewa dengan pilihan dan apa yang dia buat..tidak langsung memikirkan anak-anaknya dan sanak saudara…

Last, 2 3 ari ni kan..ade sesuatu yang selalu menganggu..bukan ke everything dh xde ape2 kan, but why still mencari saye?hmm..after 2years, awak xgembire ke?hmm..u had everything in your life, cukupla melibatkan saye dalam kehidupan awak…



And the last thing, my B jatuh motor pagi tadik..so far, ok la..xde yg patah, xde yg parah..semuenye ok..cume luka-luka je..iskh2…sape suruh buat your mama marah pagi2 kan..hihihiihi..get well soon, syg..love love love..hihihi..


Till then, take care all…
Daaaaa~

Sunday, January 16, 2011

2010 Review

Salam, hye everyone..hehe..cm dh lame sangat tak post entry kt blog ni haa..ari ni bkesempatan laa..and in this entry, xkesah la kalo org lain dh lame buat pun, but I baru nk buat even dh masuk 2weeks in 2011.. I nk review my 2010..hehehe…cm entry wajib ade lak kan…last year dh buat review for 2009..macam2 yg jadik, yg pahit yg manis,yg suke yg duke..everything mixed up together and create such a good life of mine..=)

Okies, januari 2010, I’m still as at Kuantan, working at NPT..=)..thanks to all staff yg memang sangat happening..even ade yg agak sangat tak best, but somehow, still jugak la memberikan seribu satu kenangan yang sukar dilupakan..other than that, I mengenali seseorang..hmm..and Alhamdulillah, still smpai skarang..Januari ni, macam ala2 baru berkenalan la gitu..hahaha…even time tu mcm2 happen, but still be friend..Januari juga menyaksikan pelbagai kebenaran yg terserlah, pelbagai kenyataan diketahui..but, we’re human, still have to accept..so far, I’m really proud to be myself..

Febuari, menghabiskan bulan-bulan terkahir di NPT..ehhe..and this month jugak la, mula mencari rezeki lebih dengan bukak kelas tusyen..hehe…sambutan yang agak ok la..=)..but, disebabkan beberapa mulut yang tek berape elok nk didengar, kene la mengalah..febuari yang agak suram, dihiasi dengan berbagai-bagai fitnah dusta..hahaha..but, I’m still me..and if I’m not doing that, I said I’m not doing that..so, kepada Kak Na jiran sebelah rumah lame tu, tolonglah terime, ok..kerana mulutmu seorang, abis satu taman aku tak percaye..owh…

March, I’m moving to a new house..syukur, tak perlu melihat muke2 mereka yang sengaja mencari pasal dengan I..tenang rase hati bile dh pindah..even xdela jauh sangat, but, still tak perlu ari2 nampak muke2 diorang tu..tak payah lagi tengok mereka2 yang xde keje tu bermesyuarat tingkap di petang2 hari, mencari salah, mencari silap seolah2 mereka la yang betul, macamla mereka yang tak pernah buat salah..like you are too perfect..nonsense!..and this month jugak, menyambut bornday yang ke 25..hehe..happy birthday to me..i want to be a better person..insyaAllah..at the same time, thank to you, u really made my day..time ni baru2 nk kawan2 la..hahaha..=)

April, a new chapter begin..got a new life, got a new house, got a new friends, got a new love..=)..i love you and I will always do..thanks for the moments..=)

May 2010, I got a new job..an account assistant at Poliklinik An-Nisa’, indera mahkota..so far, my task sangatla ok..dengan payment yang for me, ok la as a new clinic..yang baru sebulan dibuka, so far adalah sangat ok..dengan rakan2 yg sangat best, buatkan kitorang jadi sangat rapat..susah senang bersama..waaa…I really miss all of you..bile nk gathering ramai2 makan2 macam dulu2 tu..iskh..=)..we worked together, jatuh banging bersama..kak erin, kak liza the senior and zura time tu..ape2 jadik pun, kite yang hadapi sama2..untung ke rugi ke, kite tetap kerja dgn tekun..i miss kedai karipap depan klinik tu..

June, still at An-Nisa’..macam2 patient yang kite jumpe, macam2 orang yang kite dapat kenal..macam2 ubat kite berjaya recognize..skarang ni kan, stakat sakit demam batuk selsema lelah tu, memang terer ah kalo g farmasi sebut name ubat..ahahah..and, my love story become more berbunga2..iskh2..syukur, we still have each other..

July, have some issues with the colleagues, ade yg pindah ikut suami, ade yg baru masuk,so far, I ngn kak erin and kak liza still bertahan..dengan pelbagai karenah patient, the Doctor and all, but we still strong to face all of that things.. in July also, I got an interview for Penguasa Kastam position..kerja kerajaan, pelbagai usaha telah dibuat, so far, berserah pada Allah sahaja..kite dh usaha, selebihnya, terpulang pada Nya..

August, still no good news..and we still completing each other at An-Nisa’..this month ni, bulan pose..huhuhu..and dpt la rakan sekerja baru, Nurul..kitorang slalu kene keje same2 shift, so slalu la bukak pose same2..and this month jugak, 9hb, kak erin kawen ngan abg Budi..hehehe..both of you are so so sweet..i pray for your happiness..kak erin dearie, akak dh banyak berduka, harapnya, semuenya akan jd sentiasa gembira..

September
, Raya2..huhuhu..selamat hari raya…..=)

Oktober, so many things happen..i got the job..and 25hb lapor diri di Kastam Kuala Terengganu..syukur Alhamdulillah..even sukar nk tinggalkan ramai orang, tinggalkan banyak bende kat Kuantan, but for me, this is not the end but it’s a beginning of my life..do support me..thanks to my B, you are such a wonderful miracle for me..even it’s hard, but u still have to know, we are still have each other as long we do trust each other..i love you and I will always do..

November, the Penguasa Kastam life began….=)..so far, sangat ok dengan kerjasama dan tunjuk ajar semue orang yang lain…thanks to all of you..million thanks…I really appreciate all of this things..

December, end up 2010 with something interesting…=)..so many tasks I do so far, makes me learn a lot of things..how to write, how to act, how to decide and everything la..and like always, berazam untuk 2011 pula…

Till then, stop for this time la dulu..hehehe…sambung next entry laa…have a great day everyone..=)