Monday, February 7, 2011

kita pelakon dunia itu..

Dalam suasana begini, kadang terfikir..apakah perasaan mereka?bulanan menerima pendapatan sedangkan tiada satu tugasan pun yang dibereskan?bukan mengunjuk jari pada siapa sekalipun, kadang terganggu dengan sikap mereka yang umpama tahu segalanya..sedangkan hakikat sebenar tidak begitu..terganggu dengan sikap mereka yang hanya tahu berbicara mencari silap yang lain, sedangkan diri sendiri dianggap sempurna..

Menerusi jendela kaca di depanku, ku lihat satu dunia baru..dunia di mana, aku sendiri menjadi salah seorang pelakon di dalamnya..bezanya cuma aku pelakon baru, sedangkan mereka?pelakon yang sudah lama berkecimpung di pentas dunia itu..persoalannya..biar berpuluh tahun mereka di situ, mengapa pemikiran masih di takuk lama?tidak ada rasa mahu meningkatkan pencapaian diri kah?atau apa?apa halangan yang melintang jalan hidup kamu?kenapa sukar mahu berubah?aku bukan laungkan perubahan yang mendadak..bukan aku memaksa untuk perubahan yang besar..aku cuma mohon kamu berubah ke arah yang lebih baik..bukan maksudnya kamu tidak baik, jujur, itu bukan maksudku..aku cuma minta kamu agar lakukan perubahan..agar tidak sia-sia lakonan kamu selama ini..



Duduk, menyusun bicara..melontar kata-kata..memang, itu tidak salah, ianya jadi kesilapan bila tak pernah berkesudahan..renung apa tujuan kamu di sini, apa perlu kamu buat di sini..adakah tugasan kamu di sini khasnya hanya untuk itu?jikalau kamu mengiyakan, maka teruskanlah..aku bukan siapa-siapa untuk bicara dengan suara akan hal ini..aku cuma penutur bisu di sini..selebihnya aku yang adili kamu..adili pencapaian kamu..bila begini, apa yang harus aku titipkan?

Kata kamu, sang ketua tidak bertegas,..kata kamu sang ketua tidak memberi tugas..kata kamu sang ketua tidak percayakan kerja kamu..kenapa harus sang ketua yang disalahkan?padaku, itu semua hanya omongan tidak benar..bila mana, kamu lakukan kerjanya sambil lewa, siapkan kerjanya sekadar siap..kecewa sang ketua melihatnya, maka kenapa dia yang tetap disalahkan?sekali lagi, aku bicara ini dari mata kaca aku, bukan menuding jari salahkan sesiapa..tidak, bukan kamu, bukan kamu..jangan salah anggap aku..

Selebihnya, terpulang pada kamu..tanya hati, sanggupkah kamu ubah diri..jangan hanya semangat menutur kata-kata sahaja..tapi tidak mampu untuk memenuhinya…..

Terima kasih…

Sunday, February 6, 2011

saya doakan dia..

Saye memohon kebenaran seseorang untuk bercerita kisah beliau di blog saya ini..mungkin saya turut terlibat dalam keadaan perhubungan yang terjalin antara kami semua..pada saya ianya hanya satu rantaian kecil dari seluruh rantaian kehidupan keseluruhannya..hubungan yang dinamakan ‘kawan’ tetapi disalahertikan oleh sesetengah pihak..jujur, disilap tafsirkan oleh orang yang terdekat dengan beliau..lebih tepat, oleh orang yang sangat beliau sayangi..

Kami mungkin tak pernah berkawan dengan bersungguh sungguh..yakni, tidak pernah duduk menghabiskan masa bersama, duduk berkisah mengenai kehidupan masing-masing bersama..namun, beliau merupakan seorang wanita yang berteman baik dengan seseorang yang bermakna dalam hidup saya..ya, sejujurnya, saya mengakui beliau teman baik kekasih saya..tapi itu tidak menganggu gugat perhubungan kami..saya telah dijelaskan segalanya sejak awal dulu..sejak mula-mula dahulu lagi..dan pada saya, bila sudah menerima dia, harus diterima kelemahan juga kelebihannya..teman-temannya menjadi teman-teman kita..dan saya terima itu semua..

Percaya, itu paling penting dalam perhubungan..jujur jadi asas perhubungan..bila jujur dan percaya disatukan, maka akan wujud keikhlasan yang sangat diperlukan untuk mengukuhkan satu-satu hubungan..saya agak kurang faham bila menyatakan cinta tetapi tetap tiada percaya kepada pasangan masing-masing..berhenti bercinta seperti kanak-kanak..wujudkan satu rasa cinta yang dipenuhi kasih sayang yang agung serta dihiasi rasa percaya yang menyeluruh..

Bukan, saya tidak menyatakan kisah cinta saya kisah cinta agung..tidak, tak pernah..dan sesekali tidak akan saya nyatakan begitu..saya berharap ianya begitu tetapi saya harus akui, cinta agung hanyalah pada Allah, Tuhan Yang Maha Esa..tiada cinta yang melampaui cinta kepadaNya..itu harus diakui..cinta saya kepada manusia itu adalah kerana Allah, Tuhan Maha Agung..

Jodoh telah ditentukan, maka, sabarlah menanti..telah dinyatakan ianya telah sedia tertulis, hanya menunggu masa yang sesuai untuk kita merasai nikmatnya..harus sabar menanti, biar pedih berdarah, walau manis bermadu, harus ditelan walau pahit kelat rasanya..percaya, di hujung pahit itu akan bertemu kemanisan yang dicari..

Moga teman saya itu, sabar menghadapi segala cabaran hidupnya..saya sayang dia, saya sayang dia kerana dia teman saya..kerana itu saya lantun bicara berkenaan dia..saya mahu dia gembira, saya mahu dia sentiasa bahagia..saya doakan dia..InsyaAllah..

Terima kasih..

bunuh putus asa itu..

Hidup, andai tersalah melangkah, hancurlah diri..hidup, jika silap mengatur, pincanglah masa depan..bukan menidakkan takdir, ada yang kehidupannya terus berjaya walau silap caturan langkah di awalnya..tidak juga menolak nasib mereka yang terus mencapai gemilang walau permulaannya kelam.ianya hanya berkenaan jalan yang diambil selepas sedar dari kesilapan yang telah berlaku..

Yakin, dengan apa yang telah ditentukan buat kita..yakni, menerima segala apa ketentuanNya, bukan bererti menerima segala nasib tanpa berusaha untuk merubahnya.bukan itu, bukan..harus ada usaha dalam memastikan nasib menjadi lebih baik…jgn terus kecewa menerima segalanya..harus difikir apa hikmah di sebaliknya..harus direnung apa yang menanti di sebaliknya..

Gagal, andai dilihat dengan sisi buruknya, memang akan mematahkan tiupan semangat penuh wibawa..tapi lihat dari sisi baiknya..gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.andai gagal, bangun..atur langkah kembali agar tidak terus gagal..berkali kali gagal, jangan pernah gentar, jangan pernah bosan mencuba..jangan jemu bangkit semula..aturkan kembali agar sayap kejayaan itu terus megah terbang..

Cuba, selagi mampu..selagi kudrat membenarkan perbuatan..apa sahaja yang dirancang, pastikan di cuba penuh gemilang..kerana itu semua, penentu terhadap apa yang berlaku seterusnya..jangan bicara soal tidak upaya selagi diri belum mencuba..usah kibarkan bendera mengalah selagi tidak memberi sepenuhnya..jangan pernah putus asa..itu yang dilaungkan, itu pokok pangkalnya..putus asa itu pembunuh..pembunuh keyakinan kita..usah biarkan putus asa menang..jangan pernah biarkan..

Semoga, hidup makin gembira..lebih bermakna dengan pelbagai kejayaan yang tercapai..

Terima kasih…

coret 6 Febuari 2011

Bila disingkap kembali kenangan lama, terasa ada yang mengguris kecil hati ini..mungkin kerana luka dulu masih belum sepenuhnya baik, walau disapu segala penawar mujarab..mungkin masih belum ketemu yang paling bagus, mungkin juga kerana ianya tidak mampu lagi untuk disembuhkan.

Namun, akur dengan keadaan, aku harus sentiasa sabar menghadapi apa jua halangan mendatang..walau manis, walau pahit..semua itu sementara, pasti ada yang indah menanti dipenghujung..itu yang selalu ku bisikkan pada hati,ku ingatkan sentiasa pada jiwa moga tabah hadapi semua..kadang ada rasa mahu mengalah, tapi andai putus asa jadi pilihan, rosak perjuangan selama ini.musnah impian yang aku ciptakan sekian lama..tapi sampai bila?

Mengakui kehadiran ramai orang dalam hidup, membawa seribu cinta dalam jiwa..tetap ada rasa kosong itu,tetap hadir rasa pilu itu.mungkin diri yang masih belum mampu menerima atau kelemahan diri sendiri yang tidak sepenuhnya bersyukur dengan apa yang ada?ahh..aku rasa ingin sekali pergi jauh, menenangkan diri, mengulit mimpi sendiri..sayang, terbatas realiti dek kerana obsesi yang sangat prejudis terhadap dunia..tenanglah duhai hati..biarkan aku meniti hari dengan penuh damai..penuh pengertian yang hakiki..

Kamu, ku akui hadir kamu penuh makna..ku hargai tiap saat bersama kamu..namun, kita punya berjuta perbezaan..kamu insan yang punya banyak pilihan, dan aku cuma insan yang tidak layak untuk memilih..aku mahu kamu..dan aku bertuah, bila menjadi pilihan kamu..aku sayang kamu..

Coret hati aku mungkin berjuta lagi, tp mungkin di sini aku letak noktahnya dahulu..getus rasa aku masih banyak untuk dikongsi..moga lain masa, lain ceritanya..

Terima kasih..