Wednesday, May 25, 2011

Terpaksa dan Pasrah.....

Kemilau permata itu tidak lagi menjadi salah satu kegilaanku..aku kini makin pasrah hadapi jalan hidup yang ditentukan..bukan bermaksud mengikut sahaja angin cabaran, tidak juga bermakna aku menyerah pada tajamnya dugaan..aku cuma bosan mendengar pelbagai tohmahan, seribu dusta yang diucap umpama tiada penghujungnya…tidak ada kah yang kenal erti kebenaran?tidak adakah yang ikhlas menerima diri?..

Gembira yang diharap, mungkin hanya sementara..tidak dijanji kan juga bahagia itu kekal sampai bila-bila..bohong bila menyebut bahawa keghairahan cinta itu tak pernah pudar..pasti, satu masa, satu ketika, ianya bakal menjadi umpama permata yang makin sirna…

Bukan mengakui hati mudah digoyah, tidak juga menyatakan yang pendirian diri senang digugat..bukan begitu maksud aku..ianya hanya sekadar sebuah kisah yang sudah hampir tiba di hujungnya..juga umpama sebuah cinta yang makin lama makin pudar getarnya..
Hidup kadang kala mengecewakan..namun oleh kerana semua ketentuan Yang Maha Esa, maka semuanya harus diterima seadanya diri..harus ditelan pahitnya tanpa meluahkannya kembali..tiada rasa menyesal, tak perlu menangisi kembali silap yang berlalu..tak perlu langsung meratapi keadaan yang makin tiada pentingnya lagi…pasrah semuanya, redha dengan apa yang tersurat…

Terpaksa..itu kata seharusnya..itu kata yang sangat tepat mendalami maksud diri..itu titip paling sukar untuk diterima kebenarannya…akhirnya, cuma PASRAH kata penamatnya…….